Hampeh

Sedikit update dari aku. Aku tahu yang ramai tertanya2 pasal tak leh nak tambah kategori baru masa menulis post kan? Aku dah tanya Adar. Buat masa ni, memang takde penyelesaian. Tunggu la Blogmas berwajah baru nanti. Dier bizi tuh. Huhu. Penyelesaiannya korang boleh buat sendiri dengan gi tab Manage - Categories. Atau, buat yang malas giler, ni aku bagi contoh:

http://namablogkola.blogmas.com/wp-admin/categories.php

Bukan aku suh klik aku punya link. Korang tuka namablogkola tu ke, er.. nama blog ko la. Haha.

Dalam tuh, scroll ke bawah atau kalo sayang tangan takut patah masa nak scroll, klik Add New je kat atas skali tuh. Ha, tambah la nama kategori yang korang suka. Masuk tab Write dan tengok ada ke tak kategori korang create tadi. Kalo takde, ada la silap2 memana tuh. Tu la. Cikgu ngajar, korang tido kat belakang. Muahahaha.

Comments (1)

Ari ni laju

Pelik tol aku. Masa laju, dier laju gila. Kalo masa lembab, memang tensen. Huhu. Ramai user kot. Sape2 lom pernah guna keyword external, boleh cuba. Brader Affuan ada cerita dalam blog dier.

Comments (3)

Theme2 hampeh sudah dibuang!

Nampaknya Adar mengamuk sakan. Sumer theme2 yang tak best ditongsampahkan. Er, termasuk la salah satu theme yang mostly aku guna. Maknanya, hampeh la theme yang aku pilih tu ye? Ekeke.

Sedikit berita rapuan dari Pembebel selaku pemberita tak rasmi Blogmas. Haha.

Malaysia, Isnin, 15 Januari 2008 - Menurut Incik Adar, akan ada perubahan besar kepada muka depan Blogmas. Sumber yang boleh dipercayai mengatakan yang Incik Adar nak bawa Blogmas ke pertandingan Youth Asia. Mana link nya researcher pusat berita tak jumpa. Nanti saya akan syorkan beliau dibuang. Lagi berita, Incik Adar juga telah membuang theme2 yang dirasakan hampeh. Jangan marah sebab theme hampeh sahaja yang dibuang. Tiada rampasan anak2 gadis secara besar2an dibuat memandangkan ketua rejim Blogmas tersebut sudah pun kahwin. Jika beliau ada hati nak curang, pihak berita akan menyediakan borang J untuk Janda2 berhias yang ingin melamar Incik Adar. Nantikan kemunculan Blogmas versi baru yang juga akan dinaik taraf menjadi laman komuniti tidak lama lagi. Desas desus ini bertiup sepoi2 bahasa di alam maya yang tidak bersempadan (kecuali laman2 lucah yang meminta bayaran untuk muat turun). Dari sumber yang boleh dipercayai, kami yakin mata anda bakal terbeliak kerana tidak menggunakan Blogmas untuk tujuan membuat duit. Anda tak mahu, kami pun tak hingin! Bwekkk!!

Sekian berita rapuan dari stesen tv Blogmas, lidah tidak rasmi (bercabang) Blogmas.

Kui3.

Comments

Sesungguhnya aku tak paham

Haha. Aku rasa blogmas dah lama bertapak namun masih ader manusia yang terhegeh2 nak tuto dari aku tentang bagaimana untuk setup blog di Blogmas. Haru siot.. Nampak gaya, memang aku kena buat manual lah. Adar, nampaknya tuto yang ko tulis tuh tak diendahkan oleh orang yang buta dalam mencari ilmu. Ekeke. Ker ko yang kena tulis manual? Ke aku? Layak ke aku? Lantak lah. Hehe.

p/s: Susah sangat ke nak setup? Huhu.

Comments (2)

Next entries » · « Previous entries